Rasuk runtuh; JKKP nilai SOP kontraktor - Utusan Malaysia

Rasuk runtuh; JKKP nilai SOP kontraktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERMATANG PAUH 15 Okt. – Kerja-kerja pembinaan jalan raya berkembar Jalan Bukit Kukus ke Paya Terubong hanya akan diteruskan selepas Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) negeri berpuas hati dengan prosedur operasi standard (SOP) kerja selamat oleh kontraktor utama projek itu.

Pengarah JKKP negeri, Ir. Mohd. Rosdee Yaacob berkata, pada masa ini pihaknya sudah mengarahkan kerja-kerja di tapak pembinaan jalan itu dihentikan serta-merta.

Menurut Mohd. Rosdee, pihaknya akan bertemu dengan kontraktor dan konsultan projek itu bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai kejadian tersebut sebelum kelulusan untuk meneruskan kerja diberi.

“Pihak JKKP telah melawat tempat kejadian dan mengerahkan kerja-kerja memasang rasuk di tapak projek itu diberhentikan sehingga JKKP berpuas hati dengan SOP kerja selamat serta mendengar taklimat daripada pihak kontraktor serta konsultan projek.

“Kejadian itu berlaku di kawasan hutan dan tidak melibatkan kemalangan nyawa. Pada masa sama kita telah arahkan kontraktor meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Dalam kejadian Khamis lalu, sebanyak 14 batang rasuk sepanjang 25 meter setiap satu jatuh ke lereng bukit dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam. – UTUSAN  ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN