KUALA LUMPUR 7 Okt. – Kemenangan dengan majoriti besar di Cabang Setiawangsa di sini, menjadi antara detik penting membantu Rafizi Ramli mengatasi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR peringkat Wilayah Persekutuan. Rafizi secara tidak rasmi menang di Wilayah Persekutuan dengan 2,929 undi berbanding Mohamed Azmin, 2,794 undi. Perkembangan itu sekali gus membolehkan Rafizi kini mengumpul 19,160 undi selepas enam negeri manakala Mohamed Azmin sebanyak…










