Rabies: Permintaan lesen anjing di Miri meningkat - Utusan Malaysia

Rabies: Permintaan lesen anjing di Miri meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIRI – Lonjakan permohonan lesen anjing susulan penularan wabak anjing gila atau rabies di bandar raya ini memaksa Majlis Bandaraya Miri (MCC) menempah tambahan 2,200 plat lesen bagi haiwan itu. 

Dalam satu kenyataan hari ini, MCC berkata daripada jumlah itu, sebanyak 1,200 telah siap dan pemilik anjing yang berdaftar boleh datang mengambilnya di Seksyen Penyelenggaraan dan Kebersihan Awam MCC pada waktu pejabat. 

Sementara itu, sesi ketiga program vaksinasi rabies percuma selama dua hari akan diadakan esok di Dewan Dato Permaisuri  di Permyjaya, pusat komersil baharu Tudan dan kawasan letak kereta berhampiran  pasar raya Nam Leong Supermarket di Desa Senadin dari 9 pagi hingga 4 petang. 

Sebanyak 46 kawasan di Sarawak telah diisytiharkan sebagai kawasan wabak rabies termasuk empat  di bandar raya ini iaitu  Piasau Jaya, Lutong Shell, kawasan Lapangan Terbang Miri  dan Shin Yang Plywood Sdn Bhd, Kuala Baram. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN