KLUANG 22 Okt. – QSR Brands (M) Holdings Bhd. (QSR Brands), pengendali rantaian restoran makanan segera KFC mahu membina lebih banyak restoran berkenaan yang dilengkapi kaunter pandu lalu pada tahun hadapan. Pengarah Urusannya, Datuk Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil berkata, pembinaan restoran KFC pandu lalu terutamanya di kawasan komersial dan perumahan yang sedang meningkat maju akan memberi keselesaan dan memudahkan pelanggan. “QSR Brands merancang membuka 24 buah lagi restoran itu…










