Pusat pengundian Cabang Kapar sesak, perwakilan terpaksa berjalan 1 km - Utusan Malaysia

Pusat pengundian Cabang Kapar sesak, perwakilan terpaksa berjalan 1 km

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Pusat pengundian pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Kapar di Kompleks Rakan Muda di sini sesak berikutan lokasi yang tidak strategik dan kekurangan komputer untuk e-undi.

Calon Ketua Cabang, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, kesesakan berlaku ekoran jumlah perwakilan yang ramai, laluan ke dewan mengundi hanya satu dan peralatan yang tidak mencukupi. 

Katanya, pengundi terpaksa berjalan kaki kira-kira satu kilometer untuk ke dewan mengundi dan selepas itu terpaksa beratur panjang pula.

“Saya nampak ini faktor yang serius dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) sepatutnya turun padang dan kaji dulu sebelum proses pengundian dibuat.

“Komputer untuk mengundi hanya ada 120 unit sedangkan kita memerlukan lebih 200 komputer,” katanya ketika di temui di pusat pengundian di sini hari ini.

Untuk rekod, Cabang Kapar mempunyai 19,578 ahli yang layak mengundi dalam pemilihan PKR kali ini. 

Abdullah Sani bagaimanapun memberitahu, secara keseluruhannya proses pengundian berjalan dengan baik. 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN