Pusat hiburan tawar seks, dadah diserbu - Utusan Malaysia

Pusat hiburan tawar seks, dadah diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Okt. – Sebuah pusat hiburan yang menjadi syurga untuk pengunjung menghisap dadah dan mendapatkan per­khidmatan seks diserbu anggota penguat kuasa menerusi operasi Banteras Aktiviti Haram (Op BAH) di sekitar ibu negara, baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Azman Mahmood berkata, pusat hiburan di Jalan Gelang, Pudu itu jelas melanggar Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992 kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah.

Katanya, tindakan tegas diambil pihaknya dengan menyita dan menutup serta-merta premis berkenaan sehingga dibuktikan mempunyai lesen sah untuk beroperasi semula.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sewaktu serbuan dilakukan premis itu menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti khidmat urut, menjual minuman keras kepada orang Islam dan menjalankan aktiviti perjudian.

“Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah menahan 16 individu positif dadah jenis methamphetamine dan MDMA manakala tiga warga asing ditahan Jabatan Imigresen ke­rana tinggal melebihi tempoh ditetapkan,” katanya dalam sidang akhbar operasi tersebut.

Menurut Azman, dalam serbuan berasingan di sebuah kelab malam di Jalan Sultan Ismail, pihaknya turut mengambil tindakan menyita dan menutup premis selepas didapati ber­operasi tanpa lesen yang sah.

“Pusat hiburan ini telah beroperasi tanpa permit yang sah kerana menggunakan lesen yang sudah tamat tempoh.

“Premis ini juga didapati beroperasi melebihi tempoh waktu ditetapkan selain menjadi sarang maksiat dalam kalangan pengunjung beragama Islam,” katanya.

Katanya, dalam serbuan yang bermula pada pukul 1.30 pagi hingga 6.30 pagi itu, 31 orang ditahan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di bawah Seksyen 19 Akta 559 Jenayah Syariah.

Op BAH siri ke-47 yang diketuai DBKL disertai 16 agensi kerajaan termasuk beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melibatkan 379 anggota penguat kuasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini