Punca dentuman, gegaran di Ipoh masih misteri - Utusan Malaysia

Punca dentuman, gegaran di Ipoh masih misteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 4 Okt. – Punca dentuman kuat disusuli gegaran selama beberapa saat pada kira-kira pukul 11 pagi yang dirasai di sekitar bandar raya ini hari ini masih misteri.

MOHD. ALI TAMBY
MOHD. ALI

Selepas Jabatan Meteorologi mengesahkan ia bukan gempa bumi, polis berkata sehingga pukul 5 petang ini tiada sebarang laporan mengenai apa-apa kejadian dilaporkan di 25 balai polis di sekitar Ipoh.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, usaha sedang dijalankan bagi mendapatkan maklumat dan pengesahan daripada pihak lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setakat ini tiada sebarang laporan diterima oleh balai-balai polis di Ipoh dan kita sedang berusaha mendapatkan maklumat mengenai punca kejadian,” katanya.

Dalam pada itu, Komandan Akademi Tentera Udara (ATU), Kolonel Abdul Nazar Abdul Hamid ketika dihubungi menafikan dentuman dan gegaran berpunca daripada aktiviti latihan pasukan itu seperti yang tular di media sosial.

“Saya telah periksa dengan pihak kem dan dimaklumkan tiada sebarang latihan menggunakan bahan letupan dijalankan hari ini atau semalam, anggota saya sendiri turut merasai gegaran sama,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini