Pulau Boracay dibuka semula - Utusan Malaysia

Pulau Boracay dibuka semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA 24 Okt. – Filipina membuka semula pusat pe­ranginan pulau Boracay kepada pelancong selepas enam bulan ditutup untuk kerja-kerja pembersihan dan pembaikan kerosakan akibat kempen pelancongan besar-besaran.

Setiausaha Pelancongan, Berna­dette Romulo-Puyat berharap ‘Boracay baharu’ akan mencetuskan permulaan ‘budaya pelancongan mapan’ di negara ini.

“Ini bermaksud mempunyai sikap bertanggungjawab dalam perbuatan kita terhadap alam sekitar pada masa kini dan akan datang,’’ katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Romulo-Puyot turut menghantar notis amaran bertulis kepada pulau pelancongan lain yang menjadi tumpuan termasuk pulau El Nido dan Panglao manakala kawasan Oslob yang popular dengan aktiviti memberi makanan kepada jerung telah mengehadkan sehingga separuh kedatangan pelancong.

Pembukaan itu juga menyaksikan jumlah restoran dan hotel berkurangan, bilangan pelancong dihadkan dan penguatkasaan peraturan antipesta arak di pulau berkenaan.

Presiden Rodrigo Duterte telah mengarahkan penutupan pulau itu pada April lalu untuk membaik pulih infrastruktur di pulau itu yang rosak teruk akibat pembangunan terlampau yang disifatkan sebagai ‘limpahan kumbahan’. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini