PADANG BESAR – Projek menaiktaraf Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Padang Besar yang dijadual siap Jun ini, kini terlewat 25 peratus daripada jadual, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd. Azis Jamman. Beliau berkata, kerajaan tidak mahu kelewatan kerja-kerja itu menyebabkan keselamatan di pintu sempadan terjejas dan mudah dibolosi. “Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) yang melaksanakan projek itu telah mengarahkan kontraktor melipat gandakan pembinaan supaya…










