PORT DICKSON 12 Okt. – Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson dijangka diketahui selewat-lewatnya pukul 10 malam esok. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Othman Mahmood berkata, jika tiada sebarang masalah berlaku pihaknya akan mengumumkan keputusan tersebut lebih awal. “Kami akan cuba umumkan keputusan itu tidak lewat sebelum pukul 10 malam. Kalau kami dapat awal, insya-Allah kami akan umumkan awal. “Terpulang kepada keadaan esok, sekiranya tiada masalah, kami akan umumkan sebelum pukul 10 malam,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar meninjau proses semakan isi peti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya