BUKIT MERTAJAM 3 Okt. – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) negeri telah melupuskan pelbagai barangan bernilai RM1.26 juta sepanjang tahun ini selepas mendapat kelulusan mahkamah. Pengarahnya Ridzuan Ab. Ghapar berkata, ia adalah hasil daripada 175 kes yang berjaya diselesaikan dengan kebanyakannya disiasat di bawah Akta Perihal Dagangan. Menurutnya, sepanjang tahun ini sebanyak lapan siri pelupusan telah diadakan termasuk pada hari ini melibatkan barangan bernilai RM168,898.70 hasil…










