KUALA LUMPUR 12 Okt. – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) telah mengenal pasti potensi besar syarikat-syarikat Malaysia di dalam industri kereta api di Vietnam. Untuk itu, Matrade akan menganjurkan Misi Pecutan Eksport (EAM) ke Hanoi dan Ho Chi Minh Vietnam pada 15 hingga 18 Oktober ini untuk meningkatkan kesedaran komuniti perniagaan negara itu mengenai keupayaan Malaysia dalam industri. Pengarah Bahagian Pengangkutan dan Lojistik Matrade, Yuslinawati Mohd. Yusof berkata, sebanyak…










