Polis tahan 6 individu terlibat 8 kes samun - Utusan Malaysia

Polis tahan 6 individu terlibat 8 kes samun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 18 Okt. – Polis menahan enam individu disyaki terlibat dalam aktiviti jenayah sekali gus menyelesaikan lapan kes samun melibatkan kerugian kira-kira RM30,000 di sekitar bandar raya ini sepanjang bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd. Rozi Jidin berkata, operasi khusus dilancarkan berikutan kes-kes jenayah tersebut menunjukkan sedikit peningkatan.

“Hasil daripada operasi ber­kenaan, kita berjaya menyelesaikan lapan daripada 10 kes samun yang berlaku pada bulan lepas,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar di sini hari ini.

Menurutnya, tangkapan itu melibatkan suspek yang terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita berusia antara 23 hingga 41 tahun.

“Kebanyakan kejadian samun ini berlaku di sekitar bandar raya ini, Simpang Kuala dan Jalan Pegawai di sini.

“Kes-kes ini termasuklah ragut serta samun kedai runcit dan warga emas di kawasan hadapan rumah mereka,” ujar­nya.

Beliau berkata, menerusi tangkapan itu, pihaknya me­rampas pelbagai barang terma­suk te­lefon bimbit dan resit belian emas terpakai.

“Kita turut menahan seorang pemilik kedai emas berusia lingkungan 40-an kerana disyaki bersekongkol dengan suspek,” jelasnya.

Beliau menambah, kes-kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN