Polis tahan 19 
lelaki positif dadah - Utusan Malaysia

Polis tahan 19 
lelaki positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR 21 Okt. – Polis daerah ini berjaya menahan dua individu yang dipercayai memiliki dadah dalam serbuan di dua premis hiburan di Taman Maharani Promonede, Jalan Bukit Treh, baru-baru ini.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, 17 lagi individu turut dicekup selepas positif methamphethamine ketika saringan awal air kencing dilakukan.

Menurutnya, kesemua mereka yang merupakan pelanggan kedua-dua pusat hiburan berke­naan berusia antara 14 hingga 55 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Zaharudin berkata, dalam operasi sama, pihaknya turut mengambil tindakan terhadap dua lelaki tempatan yang menjadi penjaga premis berkenaan kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen hiburan.

“Kita turut merampas tiga pemain cakera padat (DVD), dua pembesar suara, dua amplifier, dua keping CD dan masing-ma­sing dua resit perniagaan serta salinan sijil perakuan pendaftaran perniagaan,” katanya sambil memaklumkan kes itu disiasat di bawah Seksyen 6(2) Enakmen Negeri Johor 4/98.

Pihaknya akan sentiasa memantau sebarang aktiviti-aktivi­ti hiburan yang dijalankan di dalam daerah ini bagi membanteras kegiatan tidak bermoral.

“Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk menya­lurkannya ke Bilik Gerakan Ibu pejabat Polis Daerah Muar menerusi talian 06-9526001,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini