Polis mati dengan kesan tembakan - Utusan Malaysia

Polis mati dengan kesan tembakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Seorang anggota polis berpangkat lans koperal ditemui mati dengan satu kesan tembakan di tepi kepalanya di belakang kuarters di dalam Balai Polis Pekan Baru di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Hussain berkata, mayat mangsa yang berusia 29 tahun dan masih bujang itu dijumpai pada pukul 6.15 pagi dalam keadaan beruniform dengan sepucuk sub mesingan MP5 berada di sisinya. Mangsa dikatakan bertugas dari pukul 12 tengah malam sehingga pukul 6 pagi semalam

Menurut beliau, siasatan awal ke atas mayat lelaki itu mendapati kepala mangsa ditembusi peluru dipercayai terkena satu tembakan daripada senjata MP5.

“Mangsa dipercayai baru dua hari me­lapor diri di Balai Polis Pekan Baru dan sebelum ini bertugas sebagai pasukan petugas khas Jabatan Siasatan Jenayah serta Bahagian Judi, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN