Polis marin serbu, rampas mercun - Utusan Malaysia

Polis marin serbu, rampas mercun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 17 Okt. – Sebuah premis industri di Kota Tinggi yang dipercayai dijadikan setor penyimpanan mercun diserbu dan pelbagai jenis bahan itu dirampas awal pagi tadi.

Dalam serbuan pukul 1 pagi itu, sepasukan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menemukan dua buah lori, masing-masing seberat tiga tan, berisi kotak bunga api dan mercun.

Komandernya, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, semua bahan itu dipercayai diseludup dari negara luar oleh satu sindiket sebelum dijual dalam pasaran tempatan.

“Operasi membabitkan seorang pegawai dan enam anggota membuat intipan selama 11 jam sebelum menyerbu dan merampas pelbagai jenis mercun yang dianggarkan bernilai RM218,410.

“Mercun dan bunga api itu ditemukan dalam dua buah lori, masing-masing berisi 85 dan 70 kotak,” katanya dalam sidang akhbar di Pangkalan PPM Wilayah Dua, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN