JOHOR BAHRU 17 Okt. – Sebuah premis industri di Kota Tinggi yang dipercayai dijadikan setor penyimpanan mercun diserbu dan pelbagai jenis bahan itu dirampas awal pagi tadi. Dalam serbuan pukul 1 pagi itu, sepasukan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menemukan dua buah lori, masing-masing seberat tiga tan, berisi kotak bunga api dan mercun. Komandernya, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, semua bahan itu dipercayai diseludup dari negara luar…










