KLANG – Polis berjaya membongkar makmal memproses dadah yang berselindung di sebalik kilang membuat tikar getah dan merampas pelbagai jenis bahan terlarang itu yang berjumlah RM200,000 dalam dua serbuan pada 3 dan 4 Oktober lalu. Dalam serbuan bermula pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari keesokannya, lima lelaki turut ditahan termasuk dua pemilik kilang dan seorang lelaki warga Iraq yang dipercayai ahli kimia. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner…










