Polis berkas 62 individu atas pelbagai kesalahan di Lawas - Utusan Malaysia

Polis berkas 62 individu atas pelbagai kesalahan di Lawas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAWAS – Polis memberkas 62 individu melibatkan warga tempatan dan asing yang didapati terlibat dalam pelbagai kesalahan dadah, senjata api dan imigresen di 11 kawasan bahagian Lawas di sini kelmarin. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak, Superintendan Sahar Abd. Latif berkata, tangkapan melibatkan 33 lelaki dan 29 perempuan itu dijalankan serentak seluruh daerah Lawas bermula pukul 3 pagi kelmarin dalam usaha membasmi aktiviti penyalahgunaan dadah di daerah itu.

Menurutnya, daripada jumlah itu, seramai 21 orang dibebaskan kerana tidak mempunyai sebarang kesalahan.

“Hasil pemeriksaan, polis menemui syabu seberat 4.49 gram, selaras senapang patah buatan sendiri, sepucuk pistol angin, selaras senapang angin dan enam butir peluru hidup 12 bore.

“Anggaran nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM1,257,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, daripada jumlah itu, seramai 46 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dengan 56 kes melibatkan kes di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Akta Senjata Api 1960, Akta Penagih Dadah 1983 dan Akta Imigresen 1959/1963.

Katanya, sasaran awal operasi adalah terhadap 54 individu yang dikesan menjadi pengedar kecil-kecilan di sini.

“Untuk itu, hasil operasi berkenaan, polis berjaya memutuskan bekalan dadah di daerah ini untuk sekurang-kurangnya dua minggu susulan daripada tangkapan pengedar-pengedar terbabit,”ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN