KUALA LUMPUR 10 Okt. – Tun Dr. Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada dua jaguh negara, Mohamad Ridzuan Puzi dan Abdul Latif Romly selepas masing-masing mencipta rekod dunia baharu di Sukan Para Asia 2018 di Jakarta, hari ini. Perdana Menteri turut mendoakan semoga lebih ramai atlet seperti dua jaguh berkenaan menempa kejayaan pada masa hadapan. “Tahniah dan terima kasih kepada dua jaguh negara, Mohamad Ridzuan dan Abdul Latif yang berjaya memecah…










