PUTRAJAYA 7 Okt.- PKR Cabang Putrajaya memilih Rafizi Ramli untuk mengisi Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti itu yang berlangsung di Kompleks Kejiranan Presint 9 di sini hari ini. Berdasarkan keputusan yang diumumkan pada pukul 6 petang ini, Rafizi berjaya memperoleh 122 undi manakala pencabarnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang merupakan penyandang, 89 undi. Bagi kerusi Naib Presiden, Nurul Izzah mendahului dengan 155 undi diikuti Shamsul Iskandar Mat Akin…










