KOTA BHARU 18 Okt. – Kredibiliti Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dipersoal apabila dilihat tidak komited dalam menunaikan janji yang ditabur semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) terutama berkaitan penghapusan tol. Naib Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, sejak mengambil alih negara, pemimpin kerajaan PH membuat kenyataan berbeza-beza berkaitan isu tersebut sehingga mengelirukan rakyat. Katanya, perkara itu dibangkitkan beliau ketika bertanya soalan dalam Dewan…










