PORT DICKSON 13 Okt. – Pakatan Harapan (PH) menafikan terdesak sehingga terpaksa menjejaki pengundi di rumah mereka ekoran peratusan keluar mengundi yang rendah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson hari ini. Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, langkah menjemput pengundi di rumah dan menghantar mereka ke pusat pengundian adalah perkara biasa dalam pilihan raya. “Ia bukan langkah kecemasan kerana ada pelbagai cara yang dilakukan untuk memastikan…










