PFA ada mekanisme tersendiri selesaikan kemelut kewangan - Utusan Malaysia

PFA ada mekanisme tersendiri selesaikan kemelut kewangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) mempunyai mekanisme dan hala tuju yang jelas bagi menyelesaikan kemelut kewangan serta tunggakan gaji yang melibatkan pegawai dan pemainnya.

Presiden PFA, Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Shafie, 31, yang baharu dilantik berkata, isu-isu itu akan diselesaikan dengan semangat satu pasukan.

“Kaedahnya tidak dapat saya dedahkan sekarang cuma saya perlu berdepan dengan setiap pemain untuk mendengar rungutan mereka terlebih dahulu.

“Saya sendiri akan bertemu dengan barisan pemain 2018 secara berasingan iaitu pada Isnin depan bersama pemain Liga FAM diikuti keesokannya, pemain Piala Presiden dan seterusnya pemain Piala Belia.

“Selaku Presiden PFA yang baharu, saya ingin terlebih dahulu mendengar luahan pemain dan berharap agar kesemua mereka akan dapat hadir pada tarikh-tarikh berkenaan sebelum pertemuan melibatkan pengurusan PFA sesi 2018,” katanya pada sidang akhbar di Hotel Putra Regency di sini sebentar tadi.

Dalam pada itu, Ahmad Amizal mengumumkan Manzoor Azwira Abdul Wahid selaku ketua jurulatih baharu pasukan Singa Utara bagi 2019.

Manzoor Azwira merupakan bekas Ketua Jurulatih Kelab Bola Sepak Kementerian Kewangan (MOF FC) dan bekas pemain Harimau Kumbang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN