Pesanan terakhir tanda ajal - Utusan Malaysia

Pesanan terakhir tanda ajal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Okt.- Dialog daripada filem Paskal menjadi status terakhir Adnan Othman semalam sebelum ditemukan maut dalam kejadian lemas membabitkan enam anggota bomba ketika operasi mencari dan menyelamat di La Cottage Taman Putra Perdana, Puchong dekat sini.

Mangsa berusia 33 tahun itu sempat menulis statusnya dalam akaun laman sosial Facebook miliknya yang memberi bayangan bahawa akan pergi buat selamanya.

“Pilihan kita ini ibarat ranting kayu yang banyak cabang. Dalam setiap cabang itu masih ada lagi cabang-cabang yang akan tunggu masa bila ia akan mati.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apa Pilihan kita?? Tiada..yang pasti tetap mati,” tulis mangsa yang mendapat perhatian netizen sehingga tular sejak semalam.

Turut dimuat naik bersama status terbabit iaitu gambar mangsa memakai t-shirt berwarna merah berserta mafla.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu enam anggota bomba dari Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) Selangor terkorban ketika melakukan usaha mencari dan menyelamat seorang remaja di kawasan lombong berkenaan.

Kejadian tersebut dipercayai berpunca daripda pusaran air deras yang terjadi akibat hujan lebat sejak petang semalam.

Selain Othman, lima lagi anggota terkorban adalah Mohd. Fatah Hashim,34, Izatul Akma Wan Ibrahim,32, Mazlan Omarbaki,25, dan Yahya Ali dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang.

Seorang lagi rakan sepasukan Othman dari BBP shah Alam iaitu Muhammad Hifdzul Malik Shaari,25,-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini