Maaf adik-adikku
abang selalu marah-marah
bukan benci
Memuatkan artikel berkaitan…
tapi tidak mahu kalian alpa
kehidupan semakin sukar
anak-anak semakin membesar
rezeki jangan dibazirkan
wang tidak pernah cukup memenuhi hajat
masa yang ada jangan dipersia
usia terlalu singkat
untuk menyelesaikan urusan hidup
jangan lupa kata arwah ibu
sebiji nasi adalah rezeki
setitik air adalah rahmat
Dahulu, ibu memberi ingat
plastik kosong jangan dibuang
ada masa ia berguna
akhbar lama elok disimpan
ada masa ia perlu
kain buruk jangan dibakar
ada ketika kita mencari
botol kicap elok dikumpul
bila banyak boleh dijual
Adik-adikku
tentunya ibu tidak mahu kalian derita
sehingga menjual botol
kalau senang jangan boros
ada sedikit simpan sedikit
ada banyak simpan lebih
NAZRI SHAM
Chenor, Pahang.











