KUALA SELANGOR – Menteri Besar Selangor Amirudin Shari hari ini memberi amaran kepada perwakilan PKR supaya tidak menimbulkan sebarang kekecohan sepanjang berlangsungnya pemilihan PKR di negeri itu. Beliau berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana perwakilan berkenaan, sekiranya mereka terbabit dalam perkara tersebut. “Kita (parti) akan mengadakan mesyuarat khusus (sebelum berlangsung pemilihan), untuk mencari langkah sesuai bagi memastikan pemilihan tersebut berjalan lancar dan berlangsung dalam keadaan baik…










