Peruntukan munasabah terus bangunkan Iskandar Malaysia - Utusan Malaysia

Peruntukan munasabah terus bangunkan Iskandar Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI 18 Okt. – Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) berharap kerajaan akan memperuntukkan bajet yang munasabah untuk pihaknya meneruskan operasi mengikut perancangan sedia ada.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Ismail Ibrahim berkata, perancangan pembangunan di Iskandar Malaysia membabitkan pelbagai aspek termasuklah sudut ekonomi dan sosial.

“Peruntukkan yang wajar dan munasabah akan terus mengupayakan IRDA dalam mendorong kemasukan pelaburan ke wilayah ini.

“Malah lebih utama, secara tidak langsung akan dapat memberi manfaat kepada rakyat, khususnya masyarakat tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis Pelancaran Buku Warisan Bergambar Selat Johor Barat dan pemberian geran Program Iskandar Malaysia Beyond Boundaries, di Big Wheel Seedbank, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN