Perolehan aeroangkasa lebih RM9b – MAIA - Utusan Malaysia

Perolehan aeroangkasa lebih RM9b – MAIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Okt. – Persatuan Industri Ae­roangkasa Malaysia (MAIA) optimis perolehan industri pembuatan aeroangkasa negara akan melebihi nilai RM9 bilion pada tahun ini.

Presidennya, Naguib Mohd. Nor berkata, unjuran itu berdasarkan pelaburan langsung asing (FDI) serta peningkatan pembuatan komponen di pe­ringkat tempatan.

Menurut beliau, paling pen­ting adalah untuk mengekalkan pertumbuhan dua digit yang dicatatkan dalam tempoh lima tahun berturut-turut bagi mencapai sasaran berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pelan Induk Industri Aero­angkasa Malaysia menyasarkan perolehan sebanyak RM55.2 bi­lion menjelang 2030. Sokongan berterusan daripada kerajaan selain memiliki kepakaran yang mencukupi membantu kita mencapai unjuran berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara MAIA dan Persatuan Pembuat Komponen Pesawat Indonesia (INACOM).

Sementara itu, Naguib berkata, MAIA dan INACOM masing-masing memiliki 72 dan 30 ahli yang kebanyakannya adalah syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam bidang rekaan dan kejuruteraan, pembuatan, operator, penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih serta institusi modal insan.

Jelasnya, gabungan kerjasama itu membolehkan bidaan untuk kerja-kerja yang lebih besar dibuat kepada syarikat gergasi seperti Boeing dan Airbus yang mana beban kerja yang diperoleh akan dikongsi bersama.

Dalam pada itu, Presiden INACOM, Andi Alisjahbana berkata, potensi kerjasama turut melibatkan bidang penyelenggaraan pesawat terutama di Indonesia yang mana syarikat tempatan hanya mampu memenuhi 30 peratus daripada keperluan sebenar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini