PETALING JAYA – Mahkamah Majistret di sini hari ini menolak permohonan pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil untuk mendapatkan sementara pasportnya bagi urusan ke luar negara. Majistret Nor Ariffin Hisham membuat keputusan itu selepas dokumen sokongan berhubung permohonan berkenaan tidak dikemukakan oleh pelakon berusia 37 tahun itu. Terdahulu, peguam bela, Faizul Mohd. Nasir yang mewakili Farid mengemukakan permohonan itu atas alasan anak guamnya perlu menjalani penggambaran filem di luar negara.…










