PETALING JAYA 5 Okt. – Permohonan pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil untuk mendapatkan sementara pasportnya bagi urusan pengambaraan filem di luar negara ditolak oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. Majistret Nor Ariffin Hisham membuat keputusan itu selepas dokumen sokongan berhubung permohonan berkenaan tidak dikemukakan oleh pelakon berusia 37 tahun itu. Terdahulu, peguam Faizul Mohd. Nasir yang mewakili Farid Kamil atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari mengemukakan permohonan…










