BANGI – Penasihat Khas Media dan Komunikasi kepada Perdana Menteri, Datuk A. Kadir Jasin menegur tindakan media arus perdana yang tidak banyak membuat pendedahan serta melaporkan isu-isu sensitif termasuk aktiviti melombong pasir laut yang semakin berleluasa.
Jelasnya, media perlu memainkan peranan aktif untuk membongkar isu tersebut kerana ia bukan sahaja mencabul kedaulatan tetapi turut melibatkan isu strategik serta keselamatan negara selain menjejaskan hidrologi dan topografi.
“Sekarang kita tidak lagi melombong di daratan. Kita melombong minyak, gas di laut. Itu biasa, semua orang buat.
“Tapi sekarang ini ada yang melombong pasir (laut) untuk dieksport sebagai industri berbilion ringgit di Malaysia,” katanya.










