SEOUL 1 Okt. – Tentera Korea Selatan dan Utara mula menghapuskan periuk api di sepanjang sempadan kedua-dua negara hari ini, sebagai sebahagian usaha untuk mengurangkan ketegangan dan membina kepercayaan di Semenanjung Korea. Maklumat berhubung projek terbabit telah dipersetujui ketika sidang kemuncak kedua-dua negara pada bulan lalu di Pyongyang antara pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in. Menurut kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Korea Selatan, kedua-dua pihak…










