KUALA LUMPUR 31 Okt. – Semua pemilik atau pemegang lesen perniagaan di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) diminta memperbaharui lesen perniagaan dan iklan bagi tahun 2019 sebelum atau selewat-lewatnya 31 Disember ini. Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, lesen perniagaan dan iklan itu boleh diperbaharui di kaunter ibu pejabat dan cawangan MPSJ terpilih. Jelasnya, pembaharuan tersebut boleh dijalankan secara dalam talian melalui…