IPOH – Kerajaan Perak sedang melihat kemungkinan membina laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari arah Terowong Menora ke Kuala Kangsar di sini. Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu berkata, masalah kesesakan trafik di kawasan itu terutama ketika musim perayaan dan cuti sekolah selain kerap kali berlaku kemalangan maut, harus ditangani. “Kita mendapati laluan di kawasan Terowong Menora begitu bermasalah apabila sering berlaku kemalangan demi kemalangan, ini mendatangkan kesusahan kepada orang ramai terutamanya apabila berlaku kesesakan yang begitu teruk menyebabkan perjalanan yang dirancang menjadi tergendala. “Saya akan minta…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya