Penyokong desak pihak berkuasa benarkan masuk Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur - Utusan Malaysia

Penyokong desak pihak berkuasa benarkan masuk Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Okt. – Penyokong Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendesak polis yang bertugas memberi laluan kepada mereka untuk memasuki pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

PENYOKONG-penyokong berpakaian merah mengadakan bantahan secara aman
PENYOKONG-penyokong berpakaian merah mengadakan bantahan secara aman dengan memberi sokongan terhadap Presiden UMNO,Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa di luar pagar hadapan Mahkamah hari ini. – UTUSAN ONLINE/AZLAN HADI ABU BAKAR

Terdahulu, timbul sedikit kekecohan apabila kumpulan yang terdiri daripada ratusan penyokong berpakaian merah sebagai tanda solidariti itu meluru ke arah pagar kompleks yang ditutup pihak polis.

Penyokong berkumpul di luar mahkamah
PENYOKONG-penyokong berpakaian merah mengadakan bantahan secara aman dengan memberi sokongan terhadap Presiden UMNO,Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa di luar pagar hadapan Mahkamah hari ini. – UTUSAN ONLINE/AZLAN HADI ABU BAKAR

Mereka bagaimanapun ditenangkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang mengetuai kumpulan tersebut sebelum duduk di hadapan pagar berkenaan.

Lokman dalam ucapannya turut memberikan pilihan kepada pihak berkuasa sama ada untuk membenarkan mereka masuk secara aman atau mereka akan terus berkumpul di depan pagar dan berucap sepanjang Zahid menghadapi pertuduhan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN