Penyokong bola sepak dipenjara dua tahun - Utusan Malaysia

Penyokong bola sepak dipenjara dua tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 18 Okt. – Seorang penyokong sebuah kelab bola sepak di sini dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh mahkamah hari ini kerana menumbuk penyokong pasukan lawan sehingga menyebabkan kematiannya pada Ogos lalu.

Andrew Lewis, 50, dari kelab Milwall didapati bersalah memukul penyokong Nottingham Forest berusia 56 tahun, Paul O’Donnell di tempat letak kereta stadium selepas perlawanan berakhir pada 4 Ogos lalu.

Ketika kejadian Lewis dalam keadaan mabuk. Insiden itu menyebabkan O’Donnell berada dalam keadaan kritikal dan meninggal dunia dua minggu kemudian. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN