Penunggang motosikal maut bergesel dengan van - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal maut bergesel dengan van

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai bergesel dengan sebuah van sebelum hilang kawalan lalu terbabas di bahu kiri jalan berhampiran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini petang tadi.

Dalam kejadian pada pukul 6 petang tersebut, mangsa Siriman Sabat berusia 39 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan yang belum dikenal pasti.

Bagaimanapun, pemandu van terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, sebelum insiden pemandu van berusia 68 tahun dalam perjalanan dari arah Hotel Airport View dekat sini menghala ke Lido.

“Sebaik tiba di Jalan Kepayan berhampiran IPK Sabah motosikal mangsa yang datang dari arah belakang telah memotong van tersebut di tepi sebelah kiri.

“Akibat tindakan itu, motosikal lelaki berkenaan telah bergesel dengan van lalu menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas ke kiri bahu jalan sejauh 50 meter,” katanya hari ini.

Mayat mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 2 dekat sini untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN