IPOH 12 Okt. – Seorang penjual kereta terpakai dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan menjalankan perniagaan memberi pinjam wang tanpa lesen yang sah berjumlah RM6,000 tiga tahun lepas. Tertuduh, Lee Tak Foo, 48, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas kedua-dua tuduhan selepas pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Murtazadi Amran. Tertuduh yang memakai baju kemeja kotak-kotak biru dan berseluar hitam berkata tidak bersalah sebaik…










