KUALA LUMPUR 10 Okt. – ‘Kebal’. Itu perkataan sesuai untuk menggambarkan tindakan sebahagian besar peniaga yang berani dan bebas menjual barang tiruan secara terbuka di sekitar ibu negara. Tinjauan Utusan Malaysia ke Jalan Pasar Pudu mendapati hampir 99 peratus laluan pejalan kaki di hadapan deretan bangunan dua tingkat di situ dipenuhi peniaga barang yang dipercayaitiruan. Daripada pelbagai jenis gajet berjenama hinggalah barangan seperti jam tangan, cermin mata, beg dan kasut…










