GEORGE TOWN – Padah mengedar dadah, seorang pengutip wang pinjaman yang baru berusia 36 tahun dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini, selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis Methamphetamine, tiga tahun lepas. Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes keraguan munasabah terhadap Keow Sze Teve, 36, pada akhir kes pembelaan. Mahkamah turut menjatuhi hukuman penjara lapan tahun dan enam sebatan ke atas Keow bagi kesalahan memiliki senjata api iaitu sepucuk pistol jenama Coughar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya