KUALA LANGAT – Pengusaha kilang yang memproses sisa pepejal secara haram akan berdepan dengan tindakan pemotongan bekalan utiliti di premis mereka untuk memastikan mereka tidak kembali beroperasi seperti biasa, kata Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin. Beliau berkata, tindakan memotong bekalan elektrik dan air premis pengusaha kilang haram mengikut peruntukan undang-undang sedia ada dilihat efektif bagi mengelakkan mereka terus menjalankan aktiviti itu yang mencemarkan…










