Pengundi gagal dapat kebenaran cabar peletakan jawatan Danyal - Utusan Malaysia

Pengundi gagal dapat kebenaran cabar peletakan jawatan Danyal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Okt. – Seorang pengundi, Rosmadi Mohd. Kassim gagal dalam permohonannya untuk mendapatkan kebenaran bagi mencabar peletakan jawatan Datuk Danyal Balagopal Abdullah sebagai Ahli Parlimen Port Dickson (PD) setelah Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonannya.

Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Amarjeet Singh mewakili Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberitahu pemberita, Hakim Datuk Nordin Hassan membuat keputusan itu selepas mendapati

Danyal mengosongkan kerusi Parlimen itu secara sukarela bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding pada 9 Mei ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada 27 September lalu, Rosmadi yang diwakili peguam Datuk M. Reza Hassan memfailkan permohanan kebenaran untuk semakan kehakiman bahawa peletakan jawatan Danyal tidak sah dan terbatal kerana bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Rosmadi selaku pemohon memohon perintah untuk membatalkan notis bagi mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu bertarikh 20 September lalu yang dikeluarkan SPR. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini