Pengukuhan dolar AS kekang permintaan tinggi ringgit - Utusan Malaysia

Pengukuhan dolar AS kekang permintaan tinggi ringgit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ringgit meneruskan aliran penurunan semalam untuk dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat pagi ini berikutan minat untuk mengambil risiko terhadap mata wang AS itu mengukuh dengan harga minyak meningkat, kata peniaga.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.1400/1440 berbanding dolar AS daripada 4.1380/1420 semasa ditutup pada Isnin. 

Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA, Stephen Innes berkata, peningkatan dolar AS dan hasil bon AS yang lebih tinggi mempengaruhi sentimen tempatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, Indeks Harga Pengeluaran China yang lebih rendah daripada jangkaan, yang diumumkan semalam, telah mempengaruhi sentimen.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0164/0195 daripada 3.0198/0238 pada Isnin dan naik berbanding Euro kepada 4.7921/7979 daripada 4.8059/8118.

Mata wang tempatan, bagaimanapun, susut berbanding yen Jepun kepada 3.6332/6370 daripada 3.6295/6340 semalam dan rendah berbanding pound British kepada 5.3990/4046 daripada 5.3976/3049. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini