BAGAIKAN batu terhempap di kepala saat melihat nama adik sendiri terpapar di laman sosial Facebook antara salah seorang daripada enam mangsa anggota bomba yang terkorban dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas di sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Cyberjaya, kelmarin. Kakak kepada arwah Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25, itu kemudiannya bergegas ke Hospital Serdang untuk mendapatkan pengesahan sendiri: “Benarkah berita yang aku baca itu libatkan adik kesayanganku”. Biarpun sukar…










