SAUDARA PENGARANG,SEPERTI ramai rakyat Malaysia lain, saya amat sedih membaca berita enam anggota bomba maut ketika cuba menyelamatkan remaja lemas baru-baru ini. Semoga Allah rahmati dan ampunkan roh kesemua mereka. Mereka adalah wira kita, menggadai nyawa demi menyelamatkan orang lain walaupun berdepan dengan risiko terhadap diri sendiri. Maka sesuai dengan tahap pengorbanan setiap anggota bomba itu, saya berharap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dapat menzahirkan setinggi penghargaan kepada waris…









