SEPANG 17 Okt. – Rangkaian penggempur ‘2A’, Akhyar dan Akif menjadi sandaran Malaysia untuk memburu keputusan terbaik dalam Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 19 (B-19) yang akan memulakan kempen di Indonesia, esok. Pengendali skuad bawah 19 negara, Bojan Hodak percaya, pengalaman luas dua pemain itu yang sudah menyarung jersi skuad senior mampu memberi kelebihan kepada pasukannya untuk melepasi peringkat kumpulan. Malaysia diletak dalam Kumpulan D bersama Arab Saudi, Tajikistan serta China, dan hanya dua pasukan terbaik akan melayakkan diri ke peringkat kalah mati. Pasukan negara berjaya melayakkan diri…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya