SERIAN 5 Okt. – Hasrat seorang penganggur mahu cepat kaya dengan mengedar dadah, membawa padah apabila dicekup polis di sebuah pasar malam di sini malam tadi. Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Aswandy Anis berkata, suspek berusia 38 tahun diberkas sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) kira-kira pukul 8.18 malam. Menurutnya, kejayaan tangkapan suspek yang berasal dari Selangor merupakan susulan maklumat awam dan risikan yang dijalankan sebelum…










