Pengarah urusan, eksekutif ditahan - Utusan Malaysia

Pengarah urusan, eksekutif ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Seorang pengarah urusan bergelar Datuk dan enam pegawai eksekutif syarikat swasta ditahan Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM) Johor bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu berkaitan kerja-kerja penyelenggaraan jalan kampung di sekitar negeri ini.

Menurut sumber, kesemua suspek telah membuat tuntutan palsu berkaitan kerja-kerja tersebut dari tahun 2014 sehingga sekarang sedangkan kerja-kerja ter­sebut tidak dilaksanakan.

“Jumlah kos penyelenggaraan melibatkan sebanyak RM50 juta sehingga RM70 juta setahun,” kata sumber itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kesemua suspek yang terdiri daripada lima lelaki dan dua wa­nita itu berusia antara 30-an dan 60-an dan dari syarikat yang sama ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira pukul 9 malam kelmarin dan pukul 9 pagi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini