GEORGE TOWN – Seorang pengarah jabatan sebuah universiti awam di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini semalam bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa membabitkan nilai RM159,000. Pengarah berusia 53 tahun yang juga seorang pensyarah berpangkat profesor itu ditahan selepas dia hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah kira-kira pukul 11.35 pagi. Sumber memberitahu, penahanan ke atas individu tersebut dilakukan selepas dia disyaki telah menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya dengan meluluskan peruntukan bagi sebuah syarikat milik adiknya. Peruntukan itu adalah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya